*****************************************************.

Bau Hun 019-4295175 | Email : bauhun75@gmail.com

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Sunday, September 27, 2009

Dinar Pertama Dalam Pelaburan Emas Aku




Tanggal 25hb September 2009 merupakan hari dimana aku memulakan langkah pertama dalam memulakan pelaburan emas. Memandangkan harga pasaran semasa emas mula menurun sedikit berbanding beberapa hari lepas, aku mengambil keputusan untuk membeli emas setelah lama meninjau pasaran emas semasa.

Pada awal pagi aku mula menghubungi beberapa agen yang terdekat untuk booking, namun hampa belaka mungkin kerana bahang suasana raya masih panas lagi kot... tiada yang menjawab.

Lewat tengahari aku berjaya menghubungi agen yang dekat dgn tempat kerja aku, buat permulaan pertama kali aku booking 2 dinar, harga semasa 1 dinar ialah RM 499.00 dimana harga pasaran dunia dari kitco sebanyak USD 996.21 (2 dinar @ RM 499.00 = RM 998). Selepas lock harga, aku terus deposit bayaran ke akaun maybank. Aku ingat terus boleh dapat dinar tapi agen tersebut bagitau esok baru boleh dapat stok dinar.

Pada keesokan harinya agen tersebut call dan tetapkan tempat penyerahan dinar yang telah dibooking. Kali pertama aku memegang dinar buat pertama kalinya dalam hidup aku. Terasa amat gembira walaupun hanya 2 dinar tapi ia sebagai permulaan pelaburan emas aku.

Bila dah dapat memiliki 2 dinar, hati aku amat teruja utk memiliki 5 dinar, 10 dinar dan lepas itu aku target utk gold bar pula tapi biarlah perlahan-perlahan memandangkan modal pun ciput aje kan.

Monday, September 7, 2009

USD 1000

Akhirnya harga emas melepasi juga paras USD 1000 pada jam 2.15 pm pada hari ini.

Saturday, September 5, 2009

BLOG MASIH DALAM PROSES PEMBINAAN...............................
Sila lawat kemudian......